
Kata-kata di atas inilah yang diberitahu oleh suspek utama pembunuhan di Gemencheh kepada pihak polis setelah dia ditahan...Bagi gua, kemungkinan besar suspek menghadapi tekanan mental yang amat serius sehingga dia seperti ada mendengar bisikan yang mengarahkan dia untuk membunuh ahli keluarganya sendiri...
Beliau jugak dikatakan adalah seorang anak yang baik dan tidak pernah membantah atau pun meninggikan suara kepada orang tuanya...Dia juga menurut emaknya adalah seorang yang bukan jenis panas baran...Tetapi kejadian ini telah menjadi tanda tanya dan persoalan kepada Keluarganya sendiri, terutama emaknya yang masih terlalu sedih dengan kejadian ini, tetapi beliau redha dan masih lagi menyayangi anaknya itu, iaitu suspek utama kes nie...

Walaubagaimanapun, bagi gua kejadian ini terlalu sukar untuk dirungkai mengapa dia(suspek) sampai hati membunuh dengan kejam ahli keluarganya sendiri...Dan kejadian ini masih lagi menjadi misteri kepada masyarakat Malaysia khususnya...Ada juga pihak yang menyatakan kemungkinan suspek nie gila, tekanan jiwalah dan ada jugak yang mengatakan suspek mengamalkan ilmu hitam... Bagi gua yang pastinya, jawapan mengapa suspek sanggup membunuh dan memenggal kepala bapa kandungnya sendiri pasti ada di dalam diri suspek...
Kejadian pembunuhan kejam ini bukanlah yang pertama terjadi kat negara kita nie...
Jun 1998...4 sekeluarga mati dibunuh dengan kejam di Kampung Parit Hussin, Lubuk Sipat, Benut, Pontian, Johor...Akibat kejadian itu, seorang pemandu lori yang juga menantu keluarga itu, Khasiran Jamari, 27, dihadapkan ke Mahkamah Tinggi Johor Bahru atas tuduhan membunuh. Dia kemudian didapati bersalah dan dijatuhi hukuman gantung sampai mati...
Julai 2001...Tujuh orang termasuk lima wanita daripada sebuah keluarga dibunuh dalam keadaan ngeri...dipercayai diserang oleh 2 orang pembunuh di rumah mereka di Taman Johor Jaya, Johor Bahru di antara pukul 1.41 pagi hingga 7.43 pagi, 28 Julai 2001...Ekoran itu...Md Masud Rana, 32, bekas pekerja kilang dan rakannya yang juga berasal dari Jugdumpur, Bangladesh, Razaul Karim Md Soleman Ali Fakiruddin, 37, dituduh membunuh...Suspek dipercayai telah menetak semua mangsa dibahagian leher dengan menggunakan senjata tajam... www.arm-kamikaze.blogspot.com
No comments:
Post a Comment