11 January 2010

Keputusan penarikan diri hakim dengar kes paderi pada 22 Jan

PETALING JAYA 11 Jan. — Hakim Mahkamah Sesyen Balqis Aini Mohd Ali menetapkan 22 Jan untuk membuat keputusan berhubung permohonan seorang paderi Paulino Francesco Miranda supaya beliau menarik diri daripada mendengar kes penglibatan paderi itu dalam perhimpunan haram, dua tahun lalu.

Beliau membuat keputusan itu selepas mendengar hujahan peguam yang mewakili paderi itu, Francis Pereira dan Timbalan Pendakwa Raya Habibah Haroon.

Miranda memohon Balqis Aini menarik diri daripada mendengar kesnya atas alasan hakim itu telah membuat dapatan kesalahan di dalam alasan penghakimannya ketika memutuskan isu mengenai ikat jaminnya.

Pada 23 Jan. 2009, Miranda dibenarkan ikat jamin RM1,500 selepas mengaku tidak bersalah bersama 17 yang lain terhadap pertuduhan menyertai perhimpunan haram di Laman MBPJ di hadapan Bangunan Majlis Bandaran Petaling Jaya (MBPJ), Jalan Yong Shook Lin, di sini, antara pukul 9.50 malam dan 10.10 malam, 9 Okt 2008.

Mereka juga didakwa mengingkari perintah bersurai yang diberikan oleh seorang pegawai polis, Supt. Mohamad Sulong, pada masa dan di tempat yang sama. - Bernama

No comments:

Post a Comment