18 January 2010

Hentikan kenyataan perlekeh keupayaan mahasiswa:Saifuddin

KOTA KINABALU- Hentikan kenyataan yang memperlekeh keupayaan golongan mahasiswa.

Itu nasihat Timbalan Menteri Pengajian Tinggi Datuk Saifuddin Abdullah kepada pihak-pihak tertentu termasuk pensyarah universiti.

Beliau berkata, kenyataan seumpama itu bukan sahaja boleh menjauhkan mahasiswa dari pihak universiti tetapi juga boleh merosakkan imej kerajaan pimpinan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak.

"Mungkin ada di antara mereka yang bersuara atau memberikan pandangan yang berbeza tetapi tanggungjawab kita ialah untuk memperbetulkannya dan memberikan pandangan sekiranya pandangan itu salah," katanya kepada pemberita selepas menghadiri program wacana ilmu bersama pelajar Kolej Yayasan Sabah (KYS), di sini.-Bernama

No comments:

Post a Comment