
Ketua Polis Negeri Datuk Ayub Yaakob berkata guru yang mati lemas itu dikenali sebagai Chin Ai Fang, berusia 20-an dan mayatnya ditemui oleh pasukan mencari dan menyelamat pada pukul 10.30 pagi.
Lima pelajar lelaki yang hilang ialah Brandon Yeoh, 17, Jason Ching, 17, Yong Xiang, 16, Koh Yiz Hiang, 17, dan Cheah Zi Jun, 17.
"Daripada lima yang hilang itu, hanya seorang dilapor memakai jaket keselamatan," katanya kepada pemberita di sini.
Beliau berkata usaha mencari dan menyelamat menerusi laut dan udara kini dijalankan oleh 60 anggota pasukan keselamatan.
Kejadian itu berlaku di kawasan kira-kira 100 meter dari pantai Lebuh Macallum di sini dan kawasan itu sememangnya menjadi tempat pasukan pendayung sekolah berkenaan menjalani latihan mingguan bagi persiapan menyertai Kejohanan Perahu Naga Antarabangsa Pulau Pinang pada pertengahan tahun ini.
Ayub berkata pasukan pendayung perahu naga lelaki sekolah itu terdiri daripada 18 orang iaitu seorang guru (Chin), dua jurulatih dan 15 pelajar.
Mereka memulakan latihan pada pukul 8 pagi dan perahu naga mereka dikatakan terbalik akibat dipukul ombak pada pukul 10.20 pagi. BERNAMA
No comments:
Post a Comment