16 January 2010

Enam anggota al-Qaeda terbunuh dalam serangan udara

SANA’A 16 Jan. - Serangan udara oleh Yemen di sebuah perkampungan di padang pasir telah membunuh enam anggota al-Qaeda termasuk seorang pemimpin kanan tentera yang terlibat dalam pembunuhan duta Amerika Syarikat,

Empat yang terbunuh adalah anggota kumpulan al-Qaeda yang paling dikehendaki oleh Yemen termasuk Qassim al-Raimi yang dikatakan ketua militan tertinggi yang dikaitkan dengan rangkaian pengganas di Yemen.

Melalui latihan dan bantuan pasukan anti-pengganas Amerika Syarikat, Yemen telah meningkatkan operasi menentang al-Qaeda sejak beberapa minggu ini, termasuk melancarkan serangan udara dan menghantar ribuan tentera ke kawasan yang disyaki menjadi tempat persembunyian kumpulan tersebut.

Serangan pada Jumaat itu berlaku di sebuah kampung dekat Yatama, kira-kira 190km di timur laut ibu negara Sana’a. - AP

No comments:

Post a Comment