20 January 2010

Denda RM300 jika enggan guna jejantas sekitar Bukit Bintang

KUALA LUMPUR 19 Jan. – Mulai minggu depan, pejalan kaki yang enggan menggunakan jejantas dan lintasan pejalan kaki di sepuluh jalan sekitar Bukit Bintang di sini akan didenda RM300.

"Tindakan ini dibuat agar mereka (pejalan kaki) tidak mengganggu lalu lintas kenderaan dan yang paling penting supaya mereka sedar dalam menjaga keselamatan nyawa masing-masing,” kata Ketua Polis Trafik Kuala Lumpur, ACP Rosli Mohd Noor.

"Waran tangkap juga akan dikeluarkan kepada pesalah jika mereka gagal membayar saman pada tarikh yang ditetapkan,” katanya kepada pemberita selepas tamat operasi advokasi untuk pejalan kaki di Jalan Bukit Bintang hari ini.

Operasi itu bakal melibatkan beberapa jalan yang dikenal pasti menghadapi masalah kesesakan trafik yang teruk termasuk di Jalan Sultan Ismail, Jalan Imbi, Jalan Bukit Bintang, Jalan Raja Chulan dan Jalan Pudu.

Rosli berkata, individu yang ingkar akan dikenakan saman RM300 di bawah Peraturan Lalulintas 1959. - Bernama

No comments:

Post a Comment