16 January 2010

Bukan Islam di Pahang dilarang guna kalimah Allah

ROMPIN 16 Jan. – Kerajaan Pahang mengingatkan kepada bukan Islam di negeri itu supaya tidak sesekali menggunakan kalimah Allah walau apa juga keputusan yang bakal diberikan oleh Mahkamah Rayuan dan Mahkamah Persekutuan berhubung isu tersebut.

Pengerusi Jawatankuasa Hal Ehwal Agama Islam dan badan-badan bukan kerajaan (NGO) negeri, Datuk Mohamad Sahfri Abdul Aziz menegaskan, ini kerana Enakmen Kawalan Pengembangan Agama 1989 secara jelas menetapkan bahawa kalimah Allah hanya boleh digunakan oleh orang Islam.

Tegas beliau, mana-mana pihak bukan Islam boleh dikenakan tindakan tegas jika melanggar peraturan yang telah dikuatkuasakan sejak 1990 itu. – Utusan

No comments:

Post a Comment