PUTRAJAYA 21 Jan — Mahkamah Majistret Kajang hari ini membenarkan sembilan suspek bagi kes penyeludupan pasir ditahan reman selama lima hari bermula hari ini.
Majistret Faisal Noor Hadi membenarkan kesemua suspek itu ditahan reman sehingga Isnin depan.
Semalam, Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia mengumumkan penangkapan 34 orang di lima buah negeri kerana disyaki terlibat dalam aktiviti mencuri dan menyeludup pasir.
— BERNAMA
No comments:
Post a Comment