06 March 2009

Kes saman Nizar dirujuk ke Mahkamah Persekutuan

KUALA LUMPUR: Mahkamah Tinggi hari ini memutuskan untuk merujuk isu perlembagaan Undang-undang Tubuh Kerajaan Negeri Perak dalam kes saman bekas Menteri Besar negeri, Datuk Seri Nizar Jamaluddin terhadap Datuk Dr Zambry Abdul Kadir akan dirujuk ke Mahkamah Persekutuan.


Ia diputuskan oleh Hakim Lau Bee Lan sebentar tadi.


Kes itu diambil alih Lau Bee Lan selepas Pesuruhjaya Kehakiman, Mohamad Ariff Md Yusof menarik diri daripada mendengar permohonan tersebut.


Bagaimanapun, kes tersebut akan diteruskan di Mahkamah Tinggi selepas Mahkamah Persekutuan membuat keputusan mengenai persoalan yang timbul dalam Undang-undang Tubuh Kerajaan Negeri berkenaan. - Mstar

No comments:

Post a Comment