16 February 2009

PANAS! : ADUN Bukit Lanjan ‘dibogelkan’ bekas kekasih

Sasaran kedua dakwaan seks? Biar betul malaysiakini.com ni. Yang ada bukanlah pendakwaan tetapi pengakuan dari ADUN itu sendiri.

Perlukah di bawa sampai ke dalam mesyuarat EXCO negeri? Bukan apa, cuma simpati pada Dato’ Dr. hassan Ali yang terpaksa menahan nafsu memejamkan mata untuk tidak melihat koleksi panas foto ADUN tersebut dibentangkan di atas meja mesyuarat itu nanti.

Secara seriusnya, perlukah masalah peribadi seperti itu dibincangkan di peringkat negeri?

Cukuplah diadakan mesyuarat diperingkat partinya, yang kemudiannya mesyuarat tersebut akan memutuskan supaya ADUN tersebut meletakkan jawatannya sebagai EXCO.

Adalah lebih baik lagi jika ADUN itu turut meletakkan jawatan Wakil Rakyatnya kerana rakyat di DUN Bukit Lanjan pasti tidak mahu DUN mereka menjadi terkenal dengan ADUN mereka yang berbogel.

Sekiranya ADUN tersebut meletak jawatan, dan Pilihan Raya Kecil DUN Bukit Lanjan diadakan, sudah pasti kerusi DUN bukit Lanjan akan menjadi ‘kerusi terpanas’ dalam sejarah pilihan raya di Malaysia…. panas dengan skandal pembogelan ADUNnya.

http://pemudasubang.com

No comments:

Post a Comment