15 February 2009

Isteri Amy hamil lagi


KALAU Erra Fazira teruja dan berdebar menanti kelahiran anak sulungnya dengan Engku Emran, dalam diam-diam, isteri vokalis Search, Amy, iaitu Norish juga sedang mengandung. Kalau tak silap, usia kandungan Norish kini sudah dua bulan.

Punyalah gembira Amy dan Norish, sampai tak tercakap apa. Amy yang menginjak umur 51 tahun memang mengimpikan seorang lagi anak.

Perkahwinannya dengan Norish telah dikurniakan sepasang cahaya mata iaitu Alexender dan Sania.

Nampaknya Tuhan makbulkan doa mereka. Amy sendiri sempat bergurau. Katanya, lagi meriah kalau Nabila pun mengandung tahun ini. Bolehlah dia jadi 'datuk' dan ayah dalam satu masa. - Kosmo

No comments:

Post a Comment