17 January 2009

Saingan kekal sengit, 20 peratus sudah mengundi

KUALA TERENGGANU: Kira-kira 25 peratus warga Kuala Terengganu telah keluar mengundi dalam pilihan raya kecil yang diadakan untuk memilih ahli Parlimen yang baru - kali kedua selepas Pilihan Raya Umum 8 Mac lalu.

Tinjauan mStar Online menunjukkan pengundi-pengundi sudah mula menuju ke pusat-pusat pengundian dalam jumlah yang banyak sepanjang dua jam yang lalu.

Berbanding persekitaran hari pengundian pada 8 Mac lalu, suasana kelihatan lebih rancak pada pagi ini.

Bagi Pengerusi SPR, Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusof, beliau menyifatkan proses pengundian ketika ini berjalan dengan lancar.

"Saya tidak nampak apa-apa masalah dan berharap keaadaan ini beterusan sehingga petang," kata beliau ketika ditemui di pusat mengundi Sekolah Kebangsaan Tengku Bariah, Pasir Panjang sebentar tadi.

Dalam pada itu Timbalan Pengerusi SPR, Datuk Wan Ahmad Wan Omar berkata, sehingga pukul 11 pagi, kira-kira 25 peratus pengundi telah keluar mengundi. - Mstar

No comments:

Post a Comment