17 January 2009

Jika Sasaran Tepat, Pas Mungkin Menang?

JIKA indikator awal yang diletakkan Pas sekiranya peratus mengundi rendah sekitar 80 peratus dan tidak melebihi 85 peratus ini bermakna kerusi P36 Kuala Terengganu kemungkinan akan ditawan Pas kerana peratus keluar mengundi selepas pusat pengundian ditutup sekejap tadi disekitar 80 peratus saja.

Dari sumber yang belum disahkan peratus keluar mengundi sekitar 80 peratus dan tidak melebihi 85 peratus.

Pas menyatakan keyakinan mereka kalau peratus keluar mengundi rendah kemenangan akan berpihak kepada mereka. Sebaliknya kalau peratus tinggi apa lagi menepati sasaran yang diletakkan Suruhanjaya Pilihan Raya iaitu 90 peratus Pas merasakan harapannya untuk menang tipis.

Dengan peratusan yang tidak rasmi itu Pas yakin menang dengan majoriti sekitar 1,000 undi sahaja. Keputusan tidak rasmi dari bilik Gerakan kedua parti dijangka akan diketahui sekitar jam 7:30 malam. Sementara itu menurut seorang jurucakap bilik Gerakan Pas menguasai 80 peratus undi Cina di DUN Bandar. Msomelayu

No comments:

Post a Comment