Guru Utama PSSCUHM, Marui Latif berkata, penglibatan ahli-ahlinya boleh dikerah segera sekiranya kerajaan menyelaraskan program bantuan tersebut.
"Kami tidak ada masalah. Jika diminta, persatuan kami yang ada ahli di seluruh negara sentiasa bersedia untuk berkhidmat di sana (Gaza)," ujarnya ketika ditemui Kosmo! Ahad di sini semalam.Bagaimanapun, Marui menyedari risiko dan prosedur tertentu yang menyukarkan penghantaran mereka untuk berkhidmat di wilayah bergolak itu.
Katanya, walaupun tidak berada di Gaza, PSSCUHM sudah memulakan bantuan berbentuk kewangan melalui kutipan Tabung Gaza yang sudah dilancarkan sejak bermulanya serangan Israel ke atas penduduk Palestin. - Kosmo
* Penyamun dan peragut, masih bergentayangan di Malaysia ini
No comments:
Post a Comment