11 December 2008

Pengangguran meningkat 4.5%

KUALA LUMPUR 10 Dis. - Institut Penyelidikan Ekonomi Malaysia (MIER) menjangkakan kadar pengangguran negara akan meningkat kepada 4.5 peratus tahun hadapan berbanding 3.5 peratus pada tahun ini.

Pengarah MIER, Profesor Emeritus Datuk Dr. Mohamed Ariff berkata, peningkatan tersebut akan berlaku ekoran keadaan ekonomi semasa.

"Pada suku ketiga tahun ini sahaja lebih kurang 12,000 orang telah kehilangan pekerjaan dan trend ini amat membimbangkan.

"Kadar pengangguran sebanyak 4.5 peratus adalah sangat tinggi untuk Malaysia kerana pada kebiasaannya kadar pengangguran adalah sekitar 2.0 hingga 2.5 peratus, tetapi bagi negara-negara lain seperti Eropah dan Jepun jumlah itu adalah sedikit," katanya kepada pemberita selepas satu majlis dialog anjuran MIER di sini hari ini. - Utusan

No comments:

Post a Comment