04 August 2008

Bagaimana jika yang menerima ugutan itu Saiful | Polis perlu tegas terhadap samseng yang tidak dikehendaki masyarakat

Ahli Parlimen diserang 20 samseng minta polis kawal pejabat

KLANG: Ahli Parlimen Klang, Charles Santiago, yang dikepung sebelum diserang 20 samseng, Sabtu lalu meminta polis mengawal pejabat urusannya di bandar ini pada setiap Jumaat dari jam 7 pagi hingga 11 pagi.

Ini kerana Charles berkata beliau kini dilanda kebimbangan selepas menerima ugutan daripada individu tidak dikenali melalui telefon bimbitnya.

Ketua Polis Daerah Klang, Asisten Komisioner Mohamad Mat Yusuf, berkata polis bagaimanapun tidak dapat memenuhi permintaan Charles bagi mengawal pejabat urusannya.

“Polis perlu bersikap adil dalam menjaga ketenteraman awam dan bukannya memihak atau pilih kasih.

“Keistimewaan tidak boleh diberikan kepada mana-mana individu, tetapi polis tetap menjalankan rondaan di mana-mana saja tanpa diminta berbuat demikian kerana ia tugas kami,” katanya ketika ditemui di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Klang di sini, semalam.

Menurut Mohamad, permintaan itu dibuat selepas Charles membuat satu lagi laporan polis berkaitan ugutan diterimanya.

Dalam laporan polis itu, Charles mendakwa dia menerima panggilan pada jam 5.35 petang di kediamannya di Jalan Klang Lama, Kuala Lumpur.

Kata wakil rakyat daripada Parti Keadilan Rakyat (PKR) itu, seorang lelaki membuat panggilan dan mengugutnya dalam bahasa Tamil supaya tidak menjejakkan kaki di Klang.

Mengenai perkembangan siasatan kes serangan terhadap Charles, Mohamad memaklumkan seorang lelaki yang turut mengepung serta menyerang Ahli Parlimen itu sudah menyerah diri pada polis, kelmarin.

“Lelaki berusia lingkungan 30-an itu menyerah diri dan kini direman empat hari untuk membantu siasatan,” katanya.

www.hmetro.com.my

No comments:

Post a Comment