13 July 2008

Esok Anwar tidak akan ditahan polis - Mohd. Bakri

Liwat: Polis ambil keterangan Anwar esok

KUALA LUMPUR 12 Julai – Polis akan mengambil keterangan Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim berhubung kes dakwaan liwat terhadapnya, petang Isnin ini.

Bagaimanapun, tindakan memanggil Anwar itu bagi membantu siasatan kes dakwaan liwat melibatkannya ekoran laporan oleh bekas pembantunya, Mohd. Saiful Bukhari Azlan, 23, pada 28 Jun lalu.

Pada masa sama, Badan Pencegah Rasuah (BPR) memberitahu, Anwar akan turut dipanggil memberi keterangan dalam tempoh terdekat ini berhubung satu laporan polis beliau terhadap Peguam Negara, Tan Sri Abdul Gani Patail dan Ketua Polis Negara, Tan Sri Musa Hassan.

Mengenai kes dakwaan liwat, Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah, Datuk Mohd. Bakri Mohd. Zinin berkata, Anwar telah menyatakan persetujuan hadir untuk memberi keterangan di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Kuala Lumpur pada pukul 2 petang hari berkenaan.

Katanya, persetujuan itu dimaklumkan kepada pihak polis oleh peguam bekas Timbalan Perdana Menteri itu, Sankara N. Nair pagi ini.

“Kita panggil dia (Anwar) untuk rakam keterangannya berhubung laporan liwat terhadapnya (oleh Mohd. Saiful Bukhari), bukan untuk tahan beliau,” katanya ketika dihubungi Mingguan Malaysia di sini hari ini.

Sehubungan itu, Mohd. Bakri meminta orang ramai jangan membuat sebarang spekulasi termasuk kononnya Anwar telah ditahan atau akan ditahan kerana perkembangan sedemikian boleh menjejaskan siasatan.

Di Pulau Pinang, Ketua Pengarah BPR, Datuk Seri Ahmad Said Hamdan memberitahu, pihaknya akan mengambil keterangan Anwar tidak lama lagi berhubung laporan polisnya terhadap Abdul Gani dan Musa.

Beliau mengulas perkembangan siasatan laporan polis Anwar pada 1 Julai lalu yang mendakwa Musa dan Abdul Gani terlibat dalam pemalsuan keterangan Anwar dipukul bekas Ketua Polis Negara, Tan Sri Abdul Rahim Noor pada 27 September 1998.

www.utusan.com.my

No comments:

Post a Comment