02 May 2008

Peluang kedua diberi kepada siaran langsung parlimen

Siaran langsung parlimen diteruskan

Walaupun banyak pihak tidak senang dengan gelagat ahli-ahli Dewan Rakyat kelmarin, kabinet hari ini memutuskan untuk meneruskan siaran langsung sidang itu di RTM, kata menteri penerangan Datuk Ahmad Shabery Cheek.

Siaran langsung selama 30 minit sesi soal jawab itu diteruskan bagi satu tempoh percubaan dan tertakluk kepada semakan semula kementeriannya, kata Ahmad Shabery lagi.

Semakan itu termasuk menghentikan siaran langsung mulai 10 pagi jika kekecohan seperti Rabu lepas berulang, tambahnya,lapor Bernama.

"Kabinet beranggapan adalah terlalu awal untuk buat kesimpulan bagi menghentikan siaran langsung itu hanya berdasarkan insiden tersebut," beliau dipetik berkata di Angkasapuri hari ini.

"Namun begitu, kabinet amat kesal terhadap apa yang berlaku Rabu lepas, di mana imej Parlimen dan negara amat tercemar akibat tingkah laku terutama anggota parlimen daripada parti pembangkang yang menimbulkan perkara remeh-temeh sehingga sesi setengah jam siaran langsung itu, hanya satu soalan yang boleh dikemukakan dan dijawab, manakala seluruh sesi soal jawab 90 minit itu yang kebiasaannya dapat mengemukakan lebih 10 soalan hingga 15 soalan, yang dapat dijawab hanya tiga soalan sahaja."

Selain masa terbuang, beberapa wakil rakyat mengeluarkan perkataan yang dianggap tidak wajar dalam dewan.

Ia mendapat reaksi negatif pelbagai pihak termasuk perdana menteri Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi dan menteri besar Kelanta Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat.

http://www.malaysiakini.com/news/82293

No comments:

Post a Comment