26 May 2008

Dulu kisah Datuk 'K', Kini kisah Datuk 'S'

Gosip Fasha dengan Datuk 'S'

SPEKULASI percintaan pelakon jelita, Fasha Sandha, 24 tahun, dengan hartawan teknologi maklumat bergelar 'Datuk S' kini terjawab apabila pengerusi eksekutif Kumpulan SNC Associates, Datuk Shafik Rizaal Saaban, 34 tahun, mengakui menjalin hubungan dengan artis berkenaan.

Datuk Shafik berkata beliau bangga apabila artis popular yang menjadi rebutan ramai itu ingin berkawan dengannya.

Sebelum ini pelakon filem Cinta U-turn itu mendakwa tidak mengenali Datuk Shafik dan tidak membalas pesanan ringkas (SMS) apabila mengetahui lelaki itu sudah berkeluarga.

Namun kehadiran Nur Fasha Sandha Hassan di majlis barbeku di kediaman Datuk Shafik Rizaal Saaban di Mutiara Homes, Damansara, Rabu lalu, bagaikan mengiakan hubungan mesra yang digembar-gemburkan sebelum ini.

Namun, Fasha sendiri menafikan hubungan cinta dengan duda muda itu. Sebaliknya, beliau memberitahu mereka sekadar berkawan dan tidak lebih daripada itu.

Khabar angin mengenai hubungan mereka berdua semakin panas apabila Fasha yang sering dituduh sebagai 'pengganggu' rumah tangga orang dikatakan menjadi punca perceraian Datuk Shafik dan isterinya, Cik Norhaslinda Bakar, 28 tahun.

'Saya baru sebulan berkawan dengan beliau (Shafik). Sebelum ini, memang saya mengenalinya kerana penggambaran Natasha 2 dibuat di pejabat beliau di SNC Associates,' kata Fasha.

Mengenai perceraiannya, Datuk Shafik berkata, 'Perceraian saya bukan disebabkan Fasha, yang sering dilabel perosak rumah tangga orang.'

www.klpos.com

No comments:

Post a Comment