BAITULMAQDIS 21 Jan. _ Israel hari ini telah melancarkan satelit perisikan yang mampu meninjau sebarang kelainan yang berlaku di dalam negara musuhnya iaitu Iran walaupun pada waktu malam atau cuaca penuh dengan awan.
Satelit TECSAR yang dihasilkan oleh Industri Aeroangkasa Israel beroperasi dengan sistem radar yang maju dengan keupayaan pemantauan lebih baik daripada satelit Ofek yang menggunakan kamera.
Satelit ini memainkan peranan besar kepada Israel untuk merisik usaha Iran yang didakwa menjalankan aktiviti penghasilan senjata nuklear. Iran berkali-kali menegaskan bahawa program atom yang dijalankan adalah untuk tujuan penghasilan tenaga.
“TECSAR adalah satelit pertama seumpamanya yang dibangunkan di Israel dan merupakan antara sistem angkasa yang tercanggih,” demikian menurut kenyataan syarikat pengeluar satelit berkenaan. – AP
No comments:
Post a Comment