Penceramah popular Ridhuan Tee Abdullah mengesahkan dia digam oleh Radio Television Malaysia (RTM).
Ketika dihubungi Malaysiakini sebentar tadi, dia mengesahkan perkara itu, tetapi enggan mengulas lanjut.
"Betullah tu," katanya ringkas.
Sebelum ini beredar tangkapan layar sebuah kumpulan Whatsapp yang menyebut Ridhuan sebagai memaklumkan perkembangan itu.
"Baru dapat notis dari RTM, saya tak dibenarkan keluar TV1. Arahan menteri," katanya.
Malaysiakini sudah menghubungi Menteri Komunikasi dan Digital Fahmi Fadzil dan sedang menunggu maklum balasnya.
Sementara itu, Kosmo! melaporkan Ridhuan sebagai kesal apabila disekat menjadi panel dalam program Forum Perdana Ehwal Islam.
Malah, Tokoh Maulidur Rasul dan Maal Hijrah itu juga menzahirkan rasa sedih apabila rancangan bual bicara popular setiap Khamis itu turut dibatalkan kerana penampilannya.
“Forum Perdana dibatalkan. Baru sahaja
dapat notis daripada pihak RTM. Saya tidak dibenarkan keluar,” dia
dipetik sebagai berkata. - Malaysiakini
No comments:
Post a Comment