05 October 2022

Pegawai menteri mula kosongkan pejabat

 


PUTRAJAYA - Bahang Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) kian terasa apabila beberapa pegawai lantikan politik di kementerian bertindak mengosongkan bilik masing-masing bermula hari ini.

Tindakan itu dipercayai berkaitan dengan spekulasi bahawa pembubaran Parlimen akan dibuat dalam masa terdekat.

Ketika dihubungi Sinar Harian, pegawai kepada seorang menteri memaklumkan, setakat ini beliau tidak menerima arahan untuk mengosongkan pejabat.

"Kita faham-faham sendiri. Esok (Khamis) saya kemas, insya-ALLAH," katanya.

Sementara itu, seorang pegawai menteri lain turut berkongsi di media sosial mengenai beberapa keping gambar pejabatnya yang dikosongkan hari ini.

"Kemas dulu. Kami sukarela (kosongkan pejabat)," katanya.

Pengosongan pejabat lantikan politik merupakan perkara biasa menjelang pilihan raya ataupun peralihan kerajaan.

Sebelum ini pembangkang menjangkakan Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob akan menghadap Yang di-Pertuan Agong bagi memohon pembubaran Parlimen sebelum pembentangan Bajet 2023 pada Jumaat.

Rang Undang-Undang (RUU) Perbekalan 2023 bagi bacaan kali pertama dibentang di Dewan Rakyat oleh Menteri Kewangan, Datuk Seri Tengku Zafrul Tengku Abdul Aziz hari ini.

Sumber berita : Sinar Harian

No comments:

Post a Comment