TAWAU - Seorang wanita maut dibaham buaya dalam kejadian di sungai di Kampung Serudung Laut, Kalabakan, di sini, pada Sabtu.
Difahamkan, dalam kejadian kira-kira jam 6 petang itu, mangsa, Fosanih
Nansel, 22, sedang mandi sendirian di sungai berkenaan sebelum
dilaporkan hilang dipercayai akibat dibaham buaya oleh ahli keluarganya
selepas tidak pulang ke rumah.
Mayat Fosanih kemudian ditemui kira-kira jam 8 pagi Ahad oleh orang awam
yang turut menyertai operasi mencari dan menyelamat (SAR).
Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Tawau, Julius John Stephen
berkata, pihaknya menerima panggilan berhubung kejadian itu pada jam
8.19 malam Sabtu.
Mayat Fosanih ditemui pada Ahad, kira-kira 300 meter dari lokasi mangsa dipercayai dibaham buaya.
Katanya, seramai lima anggota bomba BBP Tawau bersama empat anggota
Pasukan Sukarela Bomba (PBS) Kalabakan dikejar ke lokasi kejadian yang
terletak kira-kira 128 kilometer dari balai berkenaan.
Sebaik tiba, didapati memang berlaku kejadian seorang mangsa dibaham
buaya dan maklumat segera diambil daripada ahli keluarga, namun operasi
SAR tidak dapat dilakukan ketika itu kerana mengambil kira risiko di
kawasan terbabit.
SAR pada hari kedua dijalankan hari ini (Ahad) dan mayat mangsa dengan
kesan gigitan pada anggota badan dipercayai akibat dibaham buaya ditemui
kira-kira 300 meter dari lokasi kejadian, katanya ketika dihubungi
Sinar Harian pada Ahad.
Katanya lagi, mayat mangsa kemudian diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan selanjutnya.
Operasi SAR ditamatkan pada jam 10.27 pagi, katanya.
- Sinar Harian
Home | Malaysiakini | Sinar Harian | Astro Awani | BHarian | Kosmo | Malaysia Gazette | HMetro | Mstar | Bernama | Majoriti | Gempak | Bebas News | Carigold | Blogger |
12 October 2021
Wanita maut dibaham buaya ketika mandi sungai
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment