17 September 2021

Guru didakwa lakukan persetubuhan bertentangan tabii

 

Seorang guru mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di sini hari ini terhadap 32 pertuduhan melakukan persetubuhan bertentangan dengan aturan tabii dan amang seksual fizikal terhadap tujuh pelajar tahun lalu.  

(Kenapa berita bawah tidak tulis nama?), 32, membuat pengakuan itu selepas pertuduhan dibacakan di hadapan Hakim Intan Nurul Farena Zainal Abidin. Hakim membenarkan lelaki terbabit diikat jamin RM5,000 bagi setiap kes dengan jumlah keseluruhan RM55,000 yang kemudian dibayar oleh tertuduh. Mahkamah turut mengarahkan guru berkenaan melapor diri setiap bulan di balai polis berhampiran dan dilarang mendekati semua mangsa sebelum menetapkan 15 November ini untuk serahan dokumen. 

Sumber : MetroTV

 

Reman lelaki pandu lawan arus disambung 3 hari lagi

Shah Alam: Tempoh reman pemandu yang memandu secara melawan arus sehingga menyebabkan dua kematian pada kemalangan di Kilometer 8.6, Lebuh Raya Persekutuan Ahad lalu, disambung tiga hari lagi mulai esok.

Terdahulu, pada 12 September lalu, Mahkamah Majistret Shah Alam membenarkan reman enam hari terhadap suspek sehingga 17 September (hari ini).

Sambungan perintah reman terhadap lelaki berusia 24 tahun itu dikeluarkan Timbalan Pendaftar Kanan Mahkamah Tinggi Shah Alam Norliza Hussin.

Kes sebelum ini disiasat mengikut Seksyen 41 Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987 kerana memandu dengan melulu atau berbahaya sehingga menyebabkan kematian.

Bagaimanapun, ia diklasifikasikan semula kepada Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh.

Harian Metro sebelum ini melaporkan, Nur Afiqah Abdul Karim, 18, dan Muhammad Hafiz Syami Dzul Asri, 19, meninggal dunia selepas Proton Wira Aeroback dinaiki mereka bertembung dengan pacuan empat roda Mitsubishi Triton yang dipandu melawan arus.

Hasil ujian air kencing turut mendapati, pemandu Mitsubishi Triton itu positif ganja. 

Sumber : Mymetro

 

 

No comments:

Post a Comment