Ahli Parlimen Muar Syed Saddiq Syed Abdul Rahman menutup sumbangan orang ramai selepas lebih RM700,000 berjaya dikumpul dalam tempoh 24 jam untuk melunaskan wang jaminannya.
Jumlah
keseluruhan yang berjaya dikutip adalah RM715,573.77 dari 9,836 penyumbang.
Menurutnya, jumlah
tersebut telah lebih daripada yang diperlukan untuk melunaskan wang jaminannya
sebanyak RM330,000, berikutan tuduhan salah guna dana Bersatu bernilai RM1.12
juta.
Bekas menteri belia
dan sukan yang turut menzahirkan rasa terima kasih terhadap orang ramai,
menceritakan dia berasa sebak apabila terdapat seorang lelaki berumur tampil ke
pejabatnya untuk menyumbangkan RM10 sebagai sumbangan.
“Saya tutup fundraising (kutipan
dana) kerana dana untuk bayaran wang jaminan sudah lebih mencukupi.
“Petang tadi, ada
pakcik datang ke pejabat saya. Ingatkan nak minta bantuan. Rupanya nak
sumbangkan RM100 kepada saya.
“I felt like
crying (saya rasa seperti mahu menangis). It’s in moment like
this, i am reminded why I joined politics (Saat seperti ini mengingatkan
saya semula mengapa saya menyertai politik),” katanya dalam satu hantaran di
Facebook hari ini.
Syed Saddiq semalam
didakwa di Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur atas tuduhan menyalahgunakan dana
Bersatu bernilai RM1.12 juta.
Dia
mengaku tidak bersalah selepas dua pertuduhan dibacakan di depan hakim, Azura
Alwi.
Azura kemudian
membenarkan Syed Saddiq diikat jamin RM330,000 dengan seorang penjamin bagi
setiap pertuduhan.
Semalam, Syed Saddiq
melalui siaran langsung di Facebook memohon sumbangan orang ramai untuk
membantunya melunaskan wang ikat jamin itu, di mana menurutnya dia diberi
tempoh sehingga Selasa depan.
Sumber : Malaysiakini
No comments:
Post a Comment