17 October 2020

Polis tahan 3 individu tawar seks


KANGAR: Polis menahan dua wanita dan seorang lelaki kerana didapati menjalankan aktiviti penawaran khidmat pelacuran di sebuah rumah di Behor Temak di daerah ini semalam.

Ketua Polis Daerah Kangar, Superintendan Wari Kiew, berkata semua suspek berusia antara 19 hingga 25 tahun ditahan pada jam 11.30 malam tadi.

Katanya, semua suspek berasal dari utara Kedah dan disyaki baru melakukan aktiviti berkenaan kurang sebulan, dengan penawaran khidmat berkenaan dilakukan melalui media sosial.

"Polis melakukan risikan mengenai aktiviti berkenaan sekitar rumah terbabit.

"Sewaktu serbuan dilakukan, lelaki terbabit bertindak sebagai bapa ayam dan didapati terdapat aktiviti penawaran seks dilakukan di dalam rumah berkenaan," katanya ketika dihubungi hari ini.

Wari berkata, polis turut merampas sejumlah kondom yang ditemui di dalam rumah terbabit.

"Semua suspek direman sehingga 19 Oktober bermula hari ini dan kes disiasat mengikut Seksyen 372B kerana menjalankan aktiviti pelacuran," katanya.

- Berita Harian

No comments:

Post a Comment