LagiBerita
Sinar Harian | Malaysiakini | CariGold | Utusan | Mstar | BHarian | HMetro | Kosmo | Astro Awani | Harakahdaily | Bernama | Malaysian Digest | Keadilan | Mynewshub | SemasaPost (V) | Malaysiakini (Vid) | MediaRakyat (Vid) | Google | E-mail | Video | Blogger
eXTReMe Tracker

10 May 2017

Selangor nafi batal dasar tiada beg plastik percuma

Admin | 6:26 PM |
Apa beza dengan UmnoBN jika menyusahkan rakyat???
Kerajaan Selangor tidak membatalkan dasar mengenakan caj terhadap penggunaan beg plastik di negeri itu, kata Pengerusi Jawatankuasa Tetap Pelancongan, Teknologi Hijau, Hal Ehwal Pengguna dan Alam Sekitar, Elizabeth Wong.

Beliau berkata demikian sebagai respon terhadap artikel Malaysia Gazzete yang menyatakan bermula 1 Mei, beberapa pasar raya di Shah Alam dan Klang telah menghentikan caj 20 sen untuk penggunaan beg plastik kepada pelanggan atas arahan pengurusan mereka.

Wong yang menafikan laporan itu, berkata, premis perniagaan yang enggan mematuhi arahan boleh menyebabkan risiko lesen operasi mereka dibatalkan.

"Mereka boleh dikenakan denda sehingga tiga kali, selepas itu lesen mereka akan ditarik balik," katanya, sambil menambah kerajaan negeri juga melarang premis perniagaan menggunakan bahan polistirena untuk tujuan pembungkusan.

Beliau berkata demikian kepada pemberita pada majlis #PeopleCentric di Petaling Jaya, hari ini.

Menurut Wong, pegawai penguatkuasa menjalankan pemeriksaan yang kerap untuk memastikan pemilik perniagaan mengikut peraturan yang ditetapkan.

Beliau juga mendedahkan bahawa kerajaan negeri merancang untuk memperluaskan dasar tanpa beg plastik di bazar Ramadhan pada bulan puasa yang jatuh pada akhir bulan ini.

Selangor memulakan dasar tiada beg plastik percuma seminggu sekali sejak tahun 2010 tetapi ia telah diperluaskan setiap hari bermula tahun ini. - Malaysiakini

3 comments :

  1. Dah lama aku nk komen dgn Kera-jaan Azmin a/l Ali.ni.dah lah BN menyiksa Rakyat Malaysia Kera-Jaan Kau Azmin menambah derita Rakyat Selangor.Cibai betul

    ReplyDelete
  2. Kempen beg plastik teruskan ke seluruh negara kesedaran kepada rakyat hargai dan kebersihan alan sekitar...ada kesedaran dan mendidik rakyat kalau bayar beg plastik.

    ReplyDelete
  3. Contact us :
    * Y!M : bandarlive77
    * Facebook : facebook.com/bandarlive77
    * Fanpage : facebook.com/ils.indolivescore
    * Twitter : @bandarlive77

    http://bandarlive.com
    http://bandarlive77.com
    http://bdlive77.com
    http://kimpoker.com
    http://livedomino.com
    http://indolivescore.com
    http://topikindo.com

    ReplyDelete