LagiBerita
Sinar Harian | Malaysiakini | CariGold | Utusan | Mstar | BHarian | HMetro | Kosmo | Astro Awani | Harakahdaily | Bernama | Malaysian Digest | Keadilan | Mynewshub | SemasaPost (V) | Malaysiakini (Vid) | MediaRakyat (Vid) | Google | E-mail | Video | Blogger
eXTReMe Tracker

24 December 2016

Jamal serbu pusat mesin judi di Sekinchan

Admin | 8:01 AM |
SABAK BERNAM - Pemilik Sekin Fisherman Village Hotel & Resort, Datuk Seri Jamal Md Yunos bersama-sama puluhan pengikutnya menyerbu sebuah pusat mesin permainan judi elektrik di Pekan Sekinchan, petang tadi.
Serbuan yang dibuat Jamal kira-kira jam 4 petang itu menyebabkan penjaga pusat itu dan beberapa pelanggan mereka bertempiaran lari.

Jamal dalam kenyataannya kepada media berkata, terdapat kira-kira lima pusat mesin permainan judi elektrik di Sekinchan yang beroperasi tanpa dikenakan apa-apa tindakan penguatkuasaan.

"Di mana MDSB...saya dah hubungi majlis daerah, saya nak tengok mereka datang atau tidak untuk gempur pusat perjudian ini," katanya.

Beliau mendakwa, kerajaan negeri Selangor selalu bermain politik hinggakan pusat judi dibiarkan berleluasa di Pekan Sekinchan.

"Resort saya yang jadi pusat pelancongan diroboh, tetapi pusat judi ini dibiarkan terus beroperasi," katanya.

Sehingga jam 6.30 petang tadi, Jamal masih menunggu kehadiran pihak berkuasa, bagaimanapun tiada kelibat pihak berkuasa di premis terbabit.  - SH              

No comments :

Post a Comment