16 December 2016

Gadis gugur kandungan guna ubat dibeli online harga RM500

Rompin: Polis menahan tiga individu termasuk seorang wanita atas kesalahan menyembunyikan kelahiran dan menyebabkan kematian di Kuala Rompin pada malam dan awal pagi tadi.

Ketua Polis Daerah Rompin Deputi Superintendan Muhammad Aidil Roneh Abdullah berkata, suspek pertama ditahan iaitu seorang lelaki berusia 20 tahun yang bekerja sebagai pembantu kedai.
Katanya, lelaki itu ditahan selepas membuat laporan di perkarangan Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD), kira-kira jam 11 malam tadi berhubung penemuan mayat bayi yang didakwanya ditemui ketika memancing di Empangan Sepayang, dekat sini, jam 8 pagi hari sama.

"Lelaki berkenaan mendakwa dirinya panik dan membawa mayat itu ke tempat kerja sebelum membuat laporan polis selepas dinasihati seorang ustaz.

"Bagaimanapun, soal siasat dijalankan mendapati mayat bayi berkenaan sebenarnya diambil di rumah teman wanitanya yang berusia 18 tahun di Pontian Jaya, dekat sini," katanya ketika dihubungi, di sini.

Aidil Roneh berkata, wanita itu yang bekerja sebagai pembantu di sebuah restoran makanan segera ditahan jam 11.10 malam dan mengaku menggugurkan kandungannya pada Selasa lalu dengan memakan ubat dibeli secara dalam talian berharga RM500.

"Pada jam 2.30 pagi tadi polis menahan seorang lagi lelaki berusia 19 tahun di sebuah rumah di Kampung Pantai, Tanjung Gemok, di sini, untuk membantu siasatan," katanya. - HMetro

No comments:

Post a Comment