16 December 2016

1.5 juta peminjam dalam CCRIS

KUALA LUMPUR – Seramai 1,574,700 peminjam yang gagal membuat bayaran balik pinjaman Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) telah disenaraikan dalam Sistem Maklumat Rujukan Kredit Berpusat (CCRIS) sehingga 10 November lepas.

Jumlah itu bersamaan dengan kira-kira lima peratus daripada bilangan 31.7 juta penduduk Malaysia pada tahun ini.



Timbalan Menteri Pendidikan Tinggi, Datuk Dr. Mary Yap Kain Ching (gambar kecil) berkata, nilai keseluruhan pinjaman PTPTN sehingga kini berjumlah RM32.07 bilion.

Menurut beliau, CCRIS bukan satu mekanisme bagi PTPTN untuk menyenaraihitamkan peminjam tegar yang enggan membayar pinjaman seperti tanggapan sesetengah pihak.

“Namun rekod bayaran balik pinjaman dalam CCRIS adalah amalan terbaik semua institusi kewangan bagi memastikan peminjam membuat bayaran balik secara teratur,” kata beliau pada persidangan Dewan Negara di sini semalam. - Kosmo

No comments:

Post a Comment