25 June 2016

Rampaslah Yayasan Kepimpinan Perdana, kata Dr M

PETALING JAYA: Bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad bersedia sekiranya kerajaan berhasrat untuk menarik balik peruntukan Yayasan Kepimpinan Perdana (YPM) yang diterajuinya sejak tertubuhnya badan itu.

Katanya, kerajaan berhak menggunakan kuasanya untuk menarik balik yayasan itu seperti yang dicadangkan Naib Ketua Pemuda Umno Khairul Azwan Harun.

“Saya ucap terima kasih kepada Khairul Azwan yang mengesyorkan supaya kerajaan menghentikan segala bantuan kewangan dan harta kepada YPM, termasuk penggajian kakitangan.

“Memanglah menjadi hak kerajaan mengguna kuasa yang diberi rakyat dengan apa cara sekalipun. Ini saya terima. Rampaslah,” katanya dalam entri terbarunya di blog chedet.cc.

Namun, Dr Mahathir turut menyatakan kekesalannya berhubung sikap Khairul Azwan yang disifatkan sebagai angkuh dan sudah menunjuk kebengisan menjadi pemimpin rasuah sebelum berkuasa. - http://www.tranungkite.net

1 comment:

  1. Wahai Mahathir @MahaFiraun.ingat tak masa zaman Kekuasaan kau dulu apa yang kau dh lakukan terhadap Sekolah Agama Rakyat Dulu(SAR).?ingat lah balik wahai SiTua terHina.aku harap Parti parti dari Pakatan Harapan JAUHI LAH BERKAWAN DENGAN ORANG TUA TERHINA INI.KAMI TIDAK AKAN SOKONG PH SELAGI KORANG(PH) BERSEKONGKOL DENGAN MAHATHIR @ MAHAFIRFAUN.INGATTT TU

    ReplyDelete