LagiBerita
Sinar Harian | Malaysiakini | CariGold | Utusan | Mstar | BHarian | HMetro | Kosmo | Astro Awani | Harakahdaily | Bernama | Malaysian Digest | Keadilan | Mynewshub | SemasaPost (V) | Malaysiakini (Vid) | MediaRakyat (Vid) | Google | E-mail | Video | Blogger
eXTReMe Tracker

11 February 2016

'Tidak jadi kafir, munafik keluar Pas masuk Amanah'

Admin | 2:02 PM |
KUALA LUMPUR - Parti Amanah Negara (Amanah) mengambil sikap terbuka terhadap khabar bahawa ada ahli parti itu yang mahu kembali kepada Pas.

Pengarah Komunikasinya, Khalid Abd Samad berkata, Amanah tiada masalah sekiranya benar ada ahli parti itu yang mahu berbuat demikian kerana ini negara demokrasi.

"Kalau ada orang Amanah nak balik kepada Pas, silakan. Buat apa yang kamu yakin adalah yang terbaik.

"Kalau ada orang Pas nak masuk Amanah pun, kita harap pihak Pas pun akan mempunyai sikap yang terbuka dan menerima kita semua ini sebagai bersaudara memperjuangkan dasar Islam untuk kebaikan negara dan umat.

"Tidak jadi kafir masuk Amanah, keluar Pas. Tidak jadi munafik keluar Pas, masuk Amanah," katanya pada sidang media di sini, hari ini.

Sebelum ini, Setiausaha Agung Pas, Datuk Takiyuddin Hassan mendakwa lebih ramai ahli Amanah dijangka menyertai semula Pas dalam tempoh enam bulan akan datang.

Mengulas lanjut, Khalid berkata, pihaknya berharap Pas juga bersikap terbuka seperti Amanah dalam perkara itu.

"Kita hormat pilihan masing-masing dan kita harap Pas pun akan mempunyai sikap yang sebegitu rupa. Biar ahli yang pilih sendiri berdasarkan keyakinan masing-masing.

"Tidak perlu ikat dengan tuduhan-tuduhan khianat, langgar baiah...Biar orang pilih atas keyakinan masing-masing," katanya.

Sementara itu, Timbalan Presidennya, Salahuddin Ayub mencabar Pas menamakan seorang sahaja ahli Amanah yang mahu kembali kepada Pas.

"Apa yang saya boleh yakinkan pada hari ini adalah yang nak masuk Amanah ramai...ini adalah daripada Pas. Sebab itu ada istilah harumanis. Itu yang Setiausaha Agung (Takiyuddin) perlu lihat

"Mereka (Pas) sekarang ini sedang dalam proses membuat peraturan-peraturan mengeluarkan surat-surat amaran termasuk tak boleh pergi ke ceramah Amanah, termasuklah yang minum kopi dengan kami pun akan dikenakan tindakan.

"Kami tidak mahu buang masa untuk melayan tuduhan seperti itu," katanya. - SH

1 comment :

  1. Dah semakin meroyan puak PAS ni. Yang mereka ada peluru menghukum orang yang meninggalkan PAS. Yang sedihnya Ahli Parlimen PAS yang duduk dalam parlimen pun macam tunggul kayu. Tak nampak karisma dalam membahaskan isu rakyat. Jelas nampak yang terkehadapan membela isu rakyat puak PKR, DAP dan AMANAH.

    ReplyDelete