LagiBerita
Sinar Harian | Malaysiakini | CariGold | Utusan | Mstar | BHarian | HMetro | Kosmo | Astro Awani | Harakahdaily | Bernama | Malaysian Digest | Keadilan | Mynewshub | SemasaPost (V) | Malaysiakini (Vid) | MediaRakyat (Vid) | Google | E-mail | Video | Blogger
eXTReMe Tracker

23 December 2015

Hat-hati dengan cubaan pecahbelahkan Pas

Admin | 9:45 PM |

KUALA LUMPUR, 23 Disember:

Ahli Pas digesa berhati-hati terhadap usaha cubaan memecahbelahkan parti Islam itu.

Naib Presidennya, Datuk Iskandar A Samad, berkata perkembangan baru dalam senario politik negara membentuk perpecahan dalam parti.

Beliau berkata, Presiden Pas hanya menghadiri Multaqa Alcazar, tetapi ada pihak yang menjadikannya seolah-olah mereka sudah pun berada `sekapal’ dengan Umno.

“Mereka menjadikannya dilihat seolah-olah kami sudah bersama Umno dan kami mahu menubuhkan kerajaan perpaduan bersama mereka.

“Pemimpin Umno menjadikannya kelihatan seperti mereka sudah cuba mencadangkan kepada Pas,” katanya dalam satu kenyataan.

Beliau berkata, media yang menjadi musuh Pas selama ini menjadikannya sebagai isu utama mereka.


“Mereka membuatkannya kelihatan seperti kedua-dua parti ketika ini sedang membuat pelbagai rancangan.

“Mereka mendakwa ada dua kumpuan, satu yang mengokong kerjasama dengan Umno dan satu lagi yang menentang.

“Ini yang diperkatakan supaya ahli Pas bergaduh sesama sendiri.”

Sehubungan itu, beliau menggesa ahli Pas supaya berhati-hati dengan taktik berkenaan.

“Hati-hati dengan tindakan politik oleh Umno kerana mungkin ada motif tersembunyi di sebaliknya.”  TRPost

1 comment :

  1. hati2 dengan Zuhdi dan Takiyudin .Tuan Iskandar perlu menguatkan ikatan ahli Pas Selangor untuk tidakterjebak dengan usaha menyatukan Pas dan Umno.Tuan Iskandar perlu berpegang pada apa yang dikatan agar tidak ada penyatuan Pas dan Umno.jangan U Turn

    ReplyDelete