KUALA LUMPUR: Seorang pelajar berusia 20 tahun tidak menyangka
pelaburannya dalam Sijil Simpanan Premium (SSP) Bank Simpanan Nasional
(BSN) tidak sampai setahun membawanya memenangi sebuah kereta mewah BMW
320i pada Sabtu.
Kemenangan pelajar yang berasal dari Perak, Wong Poh Mee, 20, itu
selepas terpilih sebagai pemenang cabutan SSP bagi September pada bulan
lalu.
Poh Mee yang merupakan pelajar Universiti Malaysia Terengganu (UMT) bagi
jurusan Sarjana Muda Sains (Matematik Kewangan) berkata, dia pada
awalnya terkejut apabila dimaklumkan mengenai berita kemenangan itu.
"Saya berasa sangat terkejut seperti bermimpi pada masa sama amat bersyukur dan gembira.
"Tak sangka usaha saya menyimpan di BSN menerusi SSP selama kira-kira
enam bulan memberi tuah sehingga berjaya memenangi hadiah utama
bulanan," katanya ketika ditemui mStar Online pada Majlis Cabutan SSP
Bulan September di Wisma BSN di sini, Sabtu.
Poh Mee berkata, orang ramai dinasihatkan untuk menyimpan dengan BSN kerana banyak faedah dan kemudahan yang disediakan.
"Dengan hanya RM10 sahaja, anda berpeluang untuk menang pelbagai hadiah menarik. SSP merupakan satu produk simpanan yang baik.
"Wang simpanan masih kekal di dalam bank dengan selamat. Saya akan terus menyimpan di BSN selepas ini," tambahnya.
Pada majlis sama, seorang pesara dari Selangor, Abdul Aziz Hussain, 80,
yang merupakan antara 13 pemenang bertuah Cabutan Tempatan memenangi
sebuah kereta Perodua Axia.
Hadiah disampaikan oleh Naib Presiden Kanan/Ketua Jabatan Pengurusan Transformasi, Alain Boey Cheng Chong.
Alain berkata, saluran perkhidmatan di BSN adalah menyeluruh antaranya
mesin pengeluaran automatik (ATM), mesin deposit tunai (CDM), ejen bank
berdaftar (EBB) dan perbankan Internet MyBSN.
"Justeru, kemudahan-kemudahan yang disediakan ini dapat memberi kesenangan kepada pelanggan yang membuat simpanan SSP.
"Ia sekali gus menjamin masa depan yang lebih baik selain tawaran hadiah yang lumayan," kata Alain.
Majlis pada Sabtu turut menyaksikan pelakon, Rozita Che Wan dan Nur Risteena membuat cabutan SSP bagi Oktober.
BSN menyediakan cabutan bulanan, tempatan dan mingguan untuk simpanan
minimum RM10 manakala cabutan istimewa menawarkan hadiah berjumlah RM1
juta menerusi simpanan SSP biasa atau Edisi Khas dengan minimum RM3,000. - Mstar
Pemenang SSP BSN bagi bulan Oktober sudah diketahui, bakal bawa balik Mercedes E 300. Tahniah.
ReplyDelete