COPIAPO, Chile – Menakjubkan Gurun paling kering di dunia, Gurun Atacama
di Chile bertukar menjadi taman bunga berwarna-warni baru-baru ini
kesan fenomena cuaca El Nino.
Fenomena cuaca itu yang bermula di tengah Lautan Pasifik menyebabkan
banyak kawasan di dunia mengalami musim kering dan hujan ekstrem.
Di gurun Atacama yang terletak di utara Santiago, Chile, pelbagai
spesies bunga tumbuh melata seperti hamparan permaidani dalam
pemandangan yang tidak pernah dilihat sejak bebeberapa dekad lalu.
"Pada tahun ini, fenomena istimewa berlaku apabila gurun ini menerima
taburan hujan paling banyak sejak 50 tahun lalu," kata seorang pakar
gurun daripada Universiti Atacama, Raul Cespedes.
Menurutnya, fenomena El Nino menyebabkan taburan hujan lebat luar biasa
berlaku di kawasan gurun paling kering di dunia itu. – AFP
No comments:
Post a Comment