09 October 2015

'Sebolehnya saya mahu kekal dalam PAS hingga mati'

Bekas naib presiden PAS Datuk Husam Musa berkata, beliau masih lagi ahli PAS dan seboleh-bolehnya akan kekal menjadi ahli parti itu sampai mati.


"Sebolehnya saya mahu kekal dalam PAS sehingga mati,” katanya yang dikaitkan dengan Parti Amanah Negara (AMANAH) yang digerakkan bekas pemimpin kanan PAS.

"Saya ADUN PAS... Ini bukan soal keliru, sekarang ini orang memfitnah saya sebelum muktamar lagi. Siapa yang fitnah dan apa sikap parti terhadap orang yang memfitnah saya.

“Apa tindakan terhadap orang yang fitnah saya dan rakan-rakan lain. Fitnah inilah punca segala-galanya," katanya seperti dilaporkan Sinar Harian hari ini.

Walaupun bersama PAS, Husam bagaimanapun tidak menolak penubuhan AMANAH khususnya di Pantai Barat kerana merasakan ia mampu menarik sokongan bukan Melayu. - Mkini

2 comments:

  1. Teruskan nat tuan ,tida ada orang memaksa.tiada yang mengugut,tiada yang merayu ,sekadar memohon agar bersma Amanah ,TETAPI kalau sudah dirasakan Pas lebih selesa hingga mati teruskan ,jangan patah ke belakang.biar kami terusklan perjunagan kami dan tuan dengan perjunagan tuan.Kami tidak akahn mengharapkan apa lagi.

    ReplyDelete
  2. Alhamdulilah YB , bersama PAS ni pemimpin nya sentiasa di fitnah. Tu sebab saya memandang tiggi orang2 pas ini senggup ugama diletakan sebagai penegak negara. Nampaknya saya kena beristqamah bersama 2 warga segamat bersama PAS Dan Tuan Guru Hj Hadi Hj Awang.

    ReplyDelete