Ampang: Pengurus akaun dihadapkan ke Mahkamah Majistret di sini, hari
ini atas tiga pertuduhan menggunakan kad ATM milik pengasas produk
kesihatan terkenal D'Herbs, Datuk Aliff Syukri Kamarzaman hingga
menyebabkan kerugian RM4,500.
Hasliani Hashim , 36, bagaimanapun tidak mengaku bersalah dan mohon
dibicarakan selepas pertuduhan dibacakan dihadapan Majistret Mohamad
Firdaus Sadina Ali.
Tertuduh didakwa dengan curangnya melakukan tiga kesalahan capaian tanpa
kuasa mengeluarkan wang tunai menggunakan kad ATM Al Rajhi milik Aliff
Syukri berjumlah RM4,500.
Hasliani didakwa melakukan perbuatan itu di mesin ATM Bank Al Rajhi, Setia City Mall, Setia Alam pada 30 Julai lalu.
Tertuduh diwakili peguam MK Thas.
Bagi perbuatan itu, Hasliani didakwa mengikut Seksyen 4(1) Akta Jenayah
Komputer 1997 yang membawa hukuman denda RM150,000 atau penjara maksimum
sepuluh tahun, atau kedua-duanya sekali, jika sabit kesalahan. - HMetro
No comments:
Post a Comment