LagiBerita
Sinar Harian | Malaysiakini | CariGold | Utusan | Mstar | BHarian | HMetro | Kosmo | Astro Awani | Harakahdaily | Bernama | Malaysian Digest | Keadilan | Mynewshub | SemasaPost (V) | Malaysiakini (Vid) | MediaRakyat (Vid) | Google | E-mail | Video | Blogger
eXTReMe Tracker

07 October 2015

Imam masjid rentung di LPT 2

Admin | 10:45 AM |
KEMAMAN – Seorang pemandu lori yang membawa muatan minyak petrol dan diesel maut apabila ken­deraannya terbalik dan terbakar di Kilometer 315 Lebuhraya Pantai Timur 2 (LPT 2) berhampiran susur keluar Plaza Tol Kerteh di sini pagi semalam.

Dalam kejadian pada pukul 9 pagi itu, mangsa, Mohd. Azaha Jusoh, 47, yang memandu lori de­ngan muatan 49,000 liter bahan api untuk dihantar ke beberapa buah stesen minyak di Kuala Terengganu dipercayai rentung dalam kebakaran itu.

Ketua Polis Daerah Kemaman, Superintendan Mohamad Said Ibrahim memberitahu, kemala­ngan dan kebakaran itu berlaku di laluan lurus lebuh raya berkenaan.

“Mangsa memandu seorang diri dan apabila tiba di laluan itu, lorinya terbabas di tengah lebuh raya sebelum terbalik dan terbakar. Api dipercayai bermula di bahagian belakang tangki yang pecah serta percikan api ketika ia terbalik.

“Kemalangan itu mengakibatkan mang­sa tersepit di bahagian tempat duduk pemandu dan gagal menyelamatkan diri. Seluruh badan mangsa rentung dalam kebakaran itu,” katanya ketika ditemui di lokasi kejadian.

Menurutnya, Mohd. Azaha juga merupakan imam di Masjid Kampung Kubang Panjang, Kuala Terengganu. - Kosmo

No comments :

Post a Comment