05 October 2015

Hudud: Mahkamah tolak bantahan awal Hadi

KUALA LUMPUR - Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur sebentar tadi menolak bantahan awal yang dikemukakan Datuk Seri Abdul Hadi Awang untuk membatalkan saman difailkan empat individu berhubung pembentangan Rang Undang-Undang Persendirian bagi membolehkan pelaksanaan hukum hudud di Kelantan.


Hakim Datuk Asmabi Mohamad membuat keputusan itu selepas mendapati tidak ada meterial mencukupi yang dikemukakan kepada mahkamah.

Sehubungan itu mahkamah menetapkan 13 Oktober ini untuk pendengaran permohonan berkenaan.

Jun lalu, empat individu iaitu Mansoor Saat, Azira Aziz, Hasbeemaputra Abu Bakar dan Hazwany Jamaluddin, memfailkan permohonan untuk mencabar rang undang-undang persendirian, bagi membuka laluan kepada pelaksanaan hudud dibentangkan di parlimen.

Mereka juga memohon injunksi bagi menghalang Dewan Rakyat membahaskan rang undang-undang tersebut. - SH

1 comment:

  1. oleh kerana hudud hadi dah jadi kes mahkamah, maka ianya tidak dpt dibentang diparlimen.... itulah matlamatnya... utk menyelamatkan pas hadi dan umno yg pasti akan membuatkan parti2 komponen bukan Islam menentangnya...

    bila Khalid samad masuk gereja, walaun gelar dia Khalid gereja.

    sekarang hadi dah masuk gereja, walaun senyap aje. bila hadi masuk gereja bermakna dia setuju penggunaan Allah didalam bible melayu...

    ReplyDelete