LagiBerita
Sinar Harian | Malaysiakini | CariGold | Utusan | Mstar | BHarian | HMetro | Kosmo | Astro Awani | Harakahdaily | Bernama | Malaysian Digest | Keadilan | Mynewshub | SemasaPost (V) | Malaysiakini (Vid) | MediaRakyat (Vid) | Google | E-mail | Video | Blogger
eXTReMe Tracker

09 October 2015

Bank Negara batal 3 kebenaran kepada 1MDB

Admin | 8:23 PM |
KUALA LUMPUR - Bank Negara telah membatalkan tiga kebenaran yang diberikan kepada 1Malaysia Development Berhad (1MDB) di bawah Akta Kawalan Pertukaran Wang 1953 (ECA) terhadap pelaburan di luar negeri bernilai AS$1.83 bilion (RM7.52 bilion).


Dalam satu kenyataan, Bank Negara berkata, ia juga telah mengeluarkan arahan di bawah Akta Perkhidmatan Kewangan 2013 kepada 1MDB untuk membawa balik jumlah tersebut ke Malaysia dan mengemukakan satu perancangan kepada bank pusat itu berkaitan dengan perkara itu.

Selepas siasatan, bank tersebut merumuskan bahawa kebenaran yang diberikan di bawah ECA bagi pelaburan 1MDB di luar negeri adalah berdasarkan penilaian terhadap permohonan 1MDB itu.

Bagaimanapun, didapati bahawa maklumat yang diberikan adalah sama ada tidak tepat atau tidak lengkap.

Kenyataan Bank Negara itu merujuk kepada keputusan Jabatan Peguam Negara yang mendapati pegawai-pegawai 1MDB yang disiasat di bawah ECA tidak membuat sebarang kenyataan palsu.

Ia berkata keputusan itu "berkait dengan saranan bank itu supaya pendakwaan jenayah dibuat terhadap 1MDB atas pelanggaran di bawah ECA."

"Perlu diketahui bahawa di bawah Perlembagaan Persekutuan, keputusan untuk memulakan sesuatu pendakwaan terletak sepenuhnya pada Peguam Negara," menurut kenyataan itu.

"Sebagai pihak berkuasa siasatan, Bank Negara dengan penuh bertanggungjawab telah menjalankan siasatan pada tahap profesional yang paling tinggi dan terperinci.

"Bank Negara menghendaki pendedahan maklumat yang tepat dan lengkap setiap masa apabila mempertimbangkan apa-apa permohonan di bawah ECA.

"Di pihaknya, Bank Negara merumuskan bahawa kebenaran yang diberikan di bawah ECA bagi pelaburan 1MDB di luar negeri adalah berdasarkan pendedahan maklumat relevan yang dikehendaki Bank Negara semasa membuat penilaian terhadap permohonan 1MDB itu," katanya.

Bank pusat itu berkata, ia akan terus memberikan kerjasama penuh kepada siasatan yang sedang dijalankan oleh Polis Diraja Malaysia dan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia. - Bernama

No comments :

Post a Comment