LagiBerita
Sinar Harian | Malaysiakini | CariGold | Utusan | Mstar | BHarian | HMetro | Kosmo | Astro Awani | Harakahdaily | Bernama | Malaysian Digest | Keadilan | Mynewshub | SemasaPost (V) | Malaysiakini (Vid) | MediaRakyat (Vid) | Google | E-mail | Video | Blogger
eXTReMe Tracker

09 October 2015

1MDB kesal gambaran Muhyiddin tentang mereka ‘mengelirukan’

Admin | 6:25 AM |
1Malaysia Development Berhad (1MDB) kesal dengan kenyataan bekas timbalan perdana menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin berkenaan syarikat itu yang didakwa "mengelirukan".
Dalam kenyataan mereka lewat petang ini, 1MDB berkata gambaran Muhyiddin syarikat itu "sarat hutang" tidak benar kerana nilai aset 1MDB kini melangkaui jumlah hutang mereka.

"Hakikat ini diperkukuhkan lagi dengan nilai signifikan yang ditunjukkan pelabur tempatan dan antarabangsa berkenaan jualan berterusan ekuiti Edra Energy dan Bandar Malaysia," kata kenyataan itu.

1MDB berkata, Muhyiddin ketika masih berada dalam Kabinet juga sedia maklum mengenai struktur modal syarikat berkenaan.

"Banyak perniagaan di Malaysia dan luar negara menggunakan hutang dengan jayanya bagi membina asas aset mereka.

"Dalam kes 1MDB, daripada ekuiti RM1 juta, ekuiti keseluruhan pemegang saham kumpulan setakat 31 Mac, 2014 ialah RM1.7 bilion," katanya.

Malah, 1MDB yakin mereka mampu menjana surplus menerusi pelan rasionalisasi mereka.

Muhyiddin semalam mempertikaikan tangkapan bekas naib ketua Umno Bahagian Batu Kawan Datuk Seri Khairuddin Abu Hassan yang membuat siri laporan polis terhadap 1MDB.

"Adakah tindakan membuat laporan kepada pihak berkuasa berhubung transaksi yang dibuat sebuah syarikat swasta merupakan satu kegiatan keganasan?

"Adakah 1MDB kini menjadi satu institusi yang kebal dan amat dilindungi pihak berkuasa negara kita? Saya tidak fikir begitu," katanya yang juga ahli Parlimen Pagoh.

Muhyiddin sebaliknya berkata, 1MDB juga seperti syarikat lain yang masih tertakluk kepada undang-undang negara.

"Membuat laporan terhadap 1MDB bukanlah satu kegiatan keganasan dan 1MDB bukanlah sebuah institusi yang kebal.

"1MDB adalah satu entiti yang tertakluk kepada undang-undang negara," katanya dalam kenyataan yang dimuat naik di laman Facebook rasminya semalam. - TMI

No comments :

Post a Comment