24 September 2015

Wartawan Al-Jazeera dapat pengampunan Presiden Mesir dibebaskan

KAHERAH: Dua orang wartawan Al-Jazeera diberi pengampunan Presiden Mesir dibebaskan pada Rabu dan kini menunggu saat untuk bertemu semula dengan keluarga masing-masing, lapor AFP.

“Saya berasa sangat teruja kerana tidak perlu risau tentang peguam, pegawai polis mengekori saya ke mana-mana dan apa yang lebih menggembirakan ialah saya dapat kembali semula ke pangsapuri untuk bersama-sama dengan isteri tercinta,” kata wartawan dari Kanada, Mohamed Fahmy dan rakan sekerjanya, Baher Mohamed sejurus selepas mereka dbebaskan dari penjara.

Wartawan-wartawan tersebut dibebaskan oleh pihak berkuasa di Maadi, sebuah penempatan mewah di Kaherah yang terletak tidak jauh dari penjara.

“Kami sangat gembira. Kami hanya terkejut dengan apa yang telah berlaku,” kata Mohamed, yang ditemui masih memakai pakaian seragam penjara ketika menunggu ahli keluarga mereka tiba.

Presiden Mesir, Abdel Fattah al-Sisi memberi pengampunan kepada Fahmy dan Baher bersama-sama dengan 100 orang banduan pada Rabu, selepas kerajaannya menerima kecaman hebat kerana memenjarakan pihak pembangkang.

Pengampunan itu turut dikenakan ke atas aktivis wanita Sana Seif dan Yara Sallam, menurut jurucakap pejabat Presiden, sebagai satu langkah sebelum umat Islam di seluruh dunia meraikan sambutan Hari Raya Aidiladha.
Fahmy dan Baher dipenjarakan selepas didapati memalsukan laporan dalam usaha mereka memberi sokongan terhadap gerakan ‘Muslim Brotherhood’ yang diambil alih kuasa oleh tentera pada tahun 2013. - Astro

No comments:

Post a Comment