02 September 2015

‘Perkahwinan’ Hatta Ramli bubar selepas sertai Parti Pekerja, kata PAS

PAS yakin perkahwinan Ahli Parlimen Kuala Krai Dr Mohd Hatta Ramli terbubar dengan talak 3 secara automatik kerana melanggar baiah yang pernah dilafazkannya apabila menyertai parti lain tanpa meletak jawatan sebagai wakil rakyat, lapor Utusan Malaysia.

Naib Presiden PAS Datuk Mohd Amar Nik Abdullah (gambar, kiri) berkata, parti Islam itu memegang teguh pendirian tersebut memandangkan baiah  setiap calon yang bertanding di Kelantan mengandungi tambahan iaitu cerai taklik talak 3.

"Terserah pada dialah kalau rasa terikat atau tidak dengan baiah itu tetapi pendirian PAS ialah baiah itu mengikat, taklik itu pun mengikat.

"Baiah setiap negeri sama cuma di Kelantan terdapat tambahan lafaz taklik talak 3.

"Jadi kepada sesiapa yang keluar parti (tanpa meletak jawatan sebagai wakil rakyat) dia kena tanggunglah akibat," katanya seperti dilaporkan Utusan Malaysia selepas menghadiri mesyuarat khas PAS Kelantan di JKR 10, semalam.

Timbalan menteri besar Kelantan itu berkata, wakil rakyat PAS negeri lain yang turut meninggalkan parti Islam itu tanpa meletakkan jawatan juga perlu sedar pelanggaran baiah mereka menyebabkan setiap elaun yang diterima adalah haram.

Sementara itu, Mufti Kelantan Datuk Mohamad Shukri Mohamad menasihati wakil rakyat PAS negeri itu yang menyertai Parti Pekerja merujuk status perkahwinan di mahkamah syariah.

Shukri dilapor Utusan Malaysia berkata, mahkamah syariah merupakan institusi paling tepat untuk merujuk perkara berkaitan kemusykilan status perkahwinan seumpama itu.

"Lebih baik mereka merujuk mahkamah syariah secepat mungkin. Di mahkamah, hakim akan meneliti perkara ini secara mendalam, dia boleh tengok dan siasat kandungan baiah sebenar serta ambil kira pelbagai aspek sebelum buat keputusan," katanya.

Katanya, lafaz baiah wakil rakyat PAS itu bersifat subjektif, menyebabkan ramai ilmuwan agama membuat kenyataan berlainan sehingga mengundang persepsi negatif masyarakat.

"Bagi satu kes, ada banyak kenyataan dikeluarkan pelbagai pihak menyebabkan rakyat nampak perkara ini bercanggah antara satu sama lain.

"Sebenarnya adalah lebih baik kita kumpul pandangan berkaitan perkara ini secara berkumpulan dalam satu muzakarah," katanya.

PAS setakat semalam mengesahkan 22 bekas pemimpinnya termasuk 7 wakil rakyat bukan lagi ahli parti selepas mereka mengisytiharkan diri masuk Parti Pekerja.

Selain Dr Hatta, wakil rakyat lain adalah Ahli Parlimen Parit Buntar Datuk Dr Mujahid Yusof, Dr Siti Mariah Mahmud (Kota Raja), dan Khalid Samad (Shah Alam).

Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) yang terlibat ialah Datuk Seri Mohamad Nizar Jamaludin (Changkat Jering), Aminolhuda Hassan (Parit Yaani) serta Hasnul Baharuddin (Morib).

Bekas pemimpin PAS lain adalah Ahmad Awang, Mohamad Sabu, Salahuddin Ayub, Mohd Hassanuddin Yunus, Mohd Sany Hamzan, Mohd Anuar Tahir, Abang Ahmad Kerdee Abang Masagus.

Turut tergugur keahlian Asmuni Awi, Suhaizan Kaiat, Izham Hasyim, Adly Zahari, Raj Munni Sabu, Mazlan Aliman, Dr Dzulkefly Ahmad, dan Datuk Wan Abdul Rahim Wan Abdullah. – TMI

11 comments:

  1. Mohon PERKASA daftar sebagai sebuah party politik

    Datuk Paduka Ibrahim tolonglah kami bakal kena pecat bulan sept tiada platform politik..

    ReplyDelete
  2. Nampak sangat hati busuk kedengki puak PAS,,
    terutama nik amar ni,, tgk muka pun tau

    ReplyDelete
  3. itu bukan dengki dolll...sekadar ingatan. dulu diaorang berjanni atas nama Allah...bukan janji dengan parti ke manusia,kerajaan ke. dulu napa sanggup. ikut korang le nak rasa apapun . tapi sebagai orang berilmu nak bagi tahu...ko ada janji dgn Allah...kalau ko langgar terimalah akibatnya. apa teruk sangat....letak jawatan lepas tu ko nak terbang ke langit pun tak ada hal dah. ni nak makan elaun haram buat apa. yg janji talak tu lagi teruk....jangan sampai berzina pulak nanti...nauzubillah.... gilah rujuk kat pej agama abih cerita.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Aku heran betul ngan ustaz2 claim bagus dlm PAS ni. Sekarang ni jual nama tuhan pulak nak takutkan orang. Tak tau kah korang yg kerja baiah korang tu maksiat. Benda yg Allah tak suka korang buat utk kepentingan korang.

      Takpa la... korang semua ulamak... lantak korang la. Tapi bila sebut baiah, kena ada tawaran dan penerimaan utk suatu perkiraan yg dipersejui bersama.
      Bila salah satu pihak mencabuli bahagiannya, maka perjanjian tu terbatal. Tindakbalas selepas terbatal perjanjian tu dah tak boleh memberi kesan apa-apa berkaitan perjanjian tersebut. Konpius?

      Wakil rakyat PAS ambil baiah atas dasar perjuangan dalam pilihanrata 2013 yg salah satunya adalah kerjasama dalam PR. PAS tak boleh nafikan perkara ini kerana Manifesto Jingga adalah perjuangam bersama pada tahun 2013. Bila PAS batalkan hubungan mereka dengan DAP, maka mereka terlebih dahulu mencabuli Manifesto Jingga. Asas kepada perjuangan dalam pilihanraya 2013. Oleh itu, terlebih mencabuli baiah yg telah dibuat. Kalau ada la...

      Inilah asas yg ditentang oleh mereka-mereka yg keluar dari PAS. Secara logik pun, mana ada perjanjian sebelah pihak. Namun dalam hal ini, PAS menggunakan taktik buruk pemerintah Abassiah utk menjaga kepentingan mereka. Adakah taktik ini betul sebab digunakan oleh mereka yg mengaku ulamak? Maaf... mereka telah melakukan suatu tipu daya atas nama agama tapi Allah maha mengetahui akan tipu daya tersebut...

      Delete
  4. Muslimah pas tau dak baiah nie...klu tau apa kata ketua muslimah...dari segi kehendak perjuangan dewan muslimat..

    ReplyDelete
  5. Ha...ha....orang yang sama ini bukan main bising, bila ahli-ahli PKR dan DAP lompat parti menyebabkan kejatuhan Pakatan Rakyat di Perak...bermacam label diberikan kepada mereka, pengkhianat, makan gaji haram dan sebagainya. Bila dah terkena kat batang hidung sendiri, pandai pulak mengelak yea bang...Allahyarham TS P. Ramlee telah pun memberitahu akan kewujudan puak-puak ini dalam cerita Musang Berjanggut apabila ditanya oleh seniwati Saadiah te ntang salah atau tidak seorang lelaki masuk ke dalam bilik isteri orang...Apa Dato Nikah kahwin jawab "itu undang-undang kanda yang bikin" itu jawapan yang diberikan oleh puak-puak yang nak menghalalkan tragedi lompat parti...mari kita ketawa Ha...ha...ha.....

    ReplyDelete
  6. Janagn2 dia terkena baih ni sebab kumpulan ini telah langgar baiah dengan pakatan.Sekarang status isteri dia jadi macaman? siapa nak ambil janda dia .? EEEEEE aku taknak.

    ReplyDelete
  7. diharapkan Dr Hatta Ramli mengmbil tindakan undang2 keatas Nik Amar kerana denagn jelas menyebut Nama Dr Hatta Ramli.

    ReplyDelete
  8. Yoya yoya vellfire sebutir yoya yoya e class sebutir yoya yoya range rover sebutir.
    Aku tak paham mari mano pitis dia?yoya yoya selamanya.
    Jgn pulak lepas ni yoya yoya......

    ReplyDelete
  9. apa jadi sebagai contoh kalu misalnya dr hatta ceraikan isteri talak satu dulu lpas tu baru keluar dari pas...hmmm maksudnya masa keluar pas tu tak ada isteri maka baiah tu terbatal la no...lpas keluar maka rujuk balik la sbb talak satu...saja jer nak bagi thrill sikit...

    ReplyDelete