16 September 2015

Mayat siapa dalam tong dram?

Penyiasat kes kehilangan timbalan pendakwa raya Kevin Morais dilaporkan menemui satu mayat yang disembunyikan dalam tong dram berisi konkrit di Subang Jaya pagi ini.


Bagaimanapun kata sumber, identiti mayat itu belum dikenal pasti. Katanya, tong dram itu ditemui di belakang sebuah sekolah di USJ 1.

The Star Online pula melaporkan anggota bomba dan penyelamat cuba memotong tong berkenaan bagi mengeluarkan mayat di dalamnya.

Pasukan penyiasat dilaporkan berada di kawasan itu seawal jam 6 pagi.
Kali terakhir Morais dilihat adalah pada 4 September lalu ketika dia meninggalkan rumahnya di Menara Duta untuk ke pejabat di Putrajaya.

Ketika itu dia menaiki Proton Perdana kelabu. Polis sebelum ini berkata rakaman kamera litar tertutup menunjukkan kereta Morais disekat sebuah kenderaan lain di Bangsar dan mangsa ditarik keluar beberapa lelaki.

Kejadian itu disaksikan orang awam kerana ketika itu jalan raya sibuk. - Malaysiakini

No comments:

Post a Comment