LagiBerita
Sinar Harian | Malaysiakini | CariGold | Utusan | Mstar | BHarian | HMetro | Kosmo | Astro Awani | Harakahdaily | Bernama | Malaysian Digest | Keadilan | Mynewshub | SemasaPost (V) | Malaysiakini (Vid) | MediaRakyat (Vid) | Google | E-mail | Video | Blogger
eXTReMe Tracker

07 September 2015

'Janganlah burukkan lagi keadaan', kata pembantu Rosmah

Admin | 11:09 AM |
Datuk Rizal Mansor, pembantu kepada isteri perdana menteri Datin Seri Rosmah Mansor meminta kepada semua pihak supaya tidak memburukkan lagi keadaan.
Rizal berkata demikian ekoran bekas timbalan pengarah Cawangan Khas Polis Diraja Malaysia (PDRM) Datuk Abdul Hamid Bador yang mendakwa Rosmah turut hadir dalam "mesyuarat tergempar" yang diadakan berkaitan pertukarannya.

Selain itu, ketika ditanya sama ada Rosmah menghadiri "mesyuarat tergempar" seperti yang didakwa, Rizal (gambar) berkata, beliau tidak dapat mengesahkan sekiranya mesyuarat itu wujud.

"Saya tak tahu betul atau tidak, adanya mesyuarat itu. Saya tak tahu.

"Saya tak boleh mengesahkan adanya mesyuarat itu, dan kemudian sama ada Datin Seri hadir atau tidak. Come on, dia seorang suri rumah, takkan dia nak hadir.

"Janganlah nak burukkan lagi keadaan," katanya ketika dihubungi Malaysiakini.

Semalam, Abdul Hamid bertanya kepada Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi sama ada pertukarannya dari Cawangan Khas ke Jabatan Perdana Menteri (JPM) dibuat dalam "mesyuarat tergempar" yang dipengerusikan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak.

Abdul Hamid turut mendakwa, selain Najib dan Zahid, turut serta dalam mesyuarat itu ialah Rosmah dan beberapa pegawai tinggi kerajaan yang lain. - Mkini

2 comments :

  1. kalau betul katakan betul, bagi penjelasan....kalau tak betul katakan tidak betul, bagi alasan ...apa susah-susah nak kait dengan perkara tidak berkenaan..... putar belit menimbulkan syakwasangka.....

    ReplyDelete
  2. Kes 2.1billion bila nak kuar....cepat lah skit perbualan rakaman gimik dari najib dah kuar.

    ReplyDelete