LagiBerita
Sinar Harian | Malaysiakini | CariGold | Utusan | Mstar | BHarian | HMetro | Kosmo | Astro Awani | Harakahdaily | Bernama | Malaysian Digest | Keadilan | Mynewshub | SemasaPost (V) | Malaysiakini (Vid) | MediaRakyat (Vid) | Google | E-mail | Video | Blogger
eXTReMe Tracker

29 August 2015

Polis Singapura beri amaran terhadap perhimpunan haram sokong Bersih

Admin | 7:27 PM |
Polis Singapura hari ini memberi amaran agar orang ramai tidak menganjurkan atau menyertai mana-mana perhimpunan haram di republik ini bagi menyokong perhimpunan Bersih 4 di Malaysia.
Dalam satu kenyataan, pasukan itu berkata mereka dimaklumkan mengenai seruan menggalakkan rakyat Malaysia di luar negara untuk menganjurkan dan menyertai acara seperti itu di Singapura berhubung demonstrasi jalanan di Malaysia.

"Polis ingin mengingatkan orang ramai menganjur atau menyertai perhimpunan awam tanpa permit polis di Singapura adalah haram dan merupakan satu kesalahan di bawah Akta Ketenteraman Awam.

"Warga asing yang bekerja atau tinggal di sini perlu mematuhi undang-undang kami. Mereka tidak sepatutnya membawa isu dari negara mereka ke Singapura yang boleh mengganggu ketenteraman awam," kata kenyataan itu.

Polis berkata mereka yang melanggar undang-undang akan dikenakan tindakan tegas dan ini mungkin termasuk menamatkan visa atau pas kerja atau mana-mana yang berkenaan.

Penunjuk perasaan Bersih 4 berhimpun di Kuala Lumpur, Kuching dan Kota Kinabalu. – Bernama

No comments :

Post a Comment