28 August 2015

Abang tentera, adik militan, mati hari sama

MOSUL - IRAQ. Nasser al-Harthi, juruterbang helikopter Apache maut terhempas manakala adiknya Zaher al-Harthi, mati dalam sebuah serangan berani mati pada hari yang sama, minggu lalu.
 
Bagaikan sebuah suratan penuh tragis, kedua-dua adik-beradik tersebut meninggalkan isteri masing-masing yang sedang mengandung.
 
Menurut agensi Saudi Press, Nasser maut bersama-sama seorang lagi juruterbang, Ali Bin Mohammed Al Qarni selepas helikopter mereka terhempas di Jizan, berdekatan sempadan Arab Saudi.
 
Zaher yang juga merupakan seorang jururawat pula maut selepas dalam serangan berani mati yang disasarkan ke kumpulan tentera Iraq di Samara, utara Baghdad.
 
Sementara itu, pemberontak Houthi mendakwa bertanggungjawab menjatuhkan helikopter Apache yang dikendali Nasser. - SH

No comments:

Post a Comment