LagiBerita
Sinar Harian | Malaysiakini | CariGold | Utusan | Mstar | BHarian | HMetro | Kosmo | Astro Awani | Harakahdaily | Bernama | Malaysian Digest | Keadilan | Mynewshub | SemasaPost (V) | Malaysiakini (Vid) | MediaRakyat (Vid) | Google | E-mail | Video | Blogger
eXTReMe Tracker

02 July 2015

Secret Recipe kembali halal

Admin | 6:54 PM |
Setelah hampir dua bulan, Syarikat Secret Recipe Manufacturing Sdn Bhd kembali mendapat pengiktirafan halal daripada Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim).

Dalam kenyataannya hari ini, pengendali rangkaian francais restoran itu berkata pengesahan itu diperoleh semula setelah selesai pengubahsuaian dan pembangunan komprehensif kilang induknya di Taman Mayang dan kilang baru di Kota Damansara.

Secret Recipe juga berkata pihaknya telah menubuhkan Unit Kawalan Kualiti, Kebersihan dan Pematuhan Halal bagi memastikan bahan, penyediaan dan pemprosesan mematuhi piawaian keselamatan makanan dan Piawaian Pensijilan Halal.

Ia juga, kata syarikat itu, bagi memastikan Amalan Pengilangan Yang Baik (GMP) dipatuhi.

“Kami mengucapkan terima kasih kepada semua pelanggan setia kami, rakan kongsi, dan pembekal atas kepercayaan dan sokongan yang berterusan terhadap jenama kami,” kata syarikat itu.

Jakim menarik sijil pengesahan halal Secret Recipe berkuat kuasa 7 Mei disebabkan pelanggaran prosedur pensijilan melibatkan kesalahan kebersihan dan GMP yang serius.

Pengarah Bahagian Hab Halal Jakim Hakimah Mohd Yusoff menegaskan penarikan itu bukan disebabkan kesalahan penggunaan bahan haram dalam pemprosesan produk itu.
 - Mkini

1 comment :

  1. Babi halal dah ada dalam coklat c...... pasalkan dah dilulus kembali, mesia kan Negara serba boleh. Puihh ! Halal Thailand adalah dikededukan number satu didunia bukannya mesia, entah tercorot kemana seperti tercorot menurunnya nilai duit Malaysia 1MDB (1 Malaysia Dalam Bahaya ). DiThailand sekali langgar kelulusan, tiada maaf bagimu - terus ditarik tak kembali lagi, amacam ?!!!

    ReplyDelete