KOTA BHARU, 28 Julai:
Menteri Besar Kelantan, Datuk Ahmad Yakob
berpendapat penyingkiran Tan Sri Muhyiddin Yassin daripada jawatan
sebagai Timbalan Perdana Menteri mungkin disebabkan ada krisis
kepimpinan dalam UMNO dan Kerajaan Persekutuan.
Beliau berkata keadaan itu mungkin
menyebabkan berlaku sebagaimana tindakan yang diambil oleh Perdana
Menteri, Datuk Seri Najib Razak ke atas timbalannya sendiri.
“Saya sebenarnya tidak dapat menyelami hakikat sebenar yang berlaku…isu-isu yang berlaku dalam Kerajaan Pusat.
“Jadi bagi saya memang ada krisis dalam
kepimpinan sekarang. Saya tidak dapat mengulas lebih lanjut kerana bukan
perkara di dalam parti kita (PAS),” katanya ketika ditemui The Rakyat Post di JKR 10, hari ini.
Mengulas mengenai perlantikan dua orang
timbalan menteri dari Kelantan, Ahmad Yakob menyatakan itu terpulanglah
kepada Kerajaan Pusat.
Mengenai perlantikan Datuk Seri Dr Ahmad
Zahid Hamidi sebagai Timbalan Perdana Menteri mengantikan Muhyiddin,
beliau menjelaskan Kerajaan Pusat pimpinan Najib mungkin mempunyai
strategi tersendiri.
“Di segi politiknya saya perlu merujuk kepada Lujnah Politik PAS sebab perkara yang berlaku bukan isu dalaman PAS.
“Bagi pihak kerajaan (pusat) mereka sudah tentu melihat ada kebaikan kepada mereka,” katanya tanpa mengulas lebih lanjut. - TRPost
janagn bimbang akan datang ni najib akan menarik hadi dan haron serta ahmad yakob masuk kabinet dapur najib,tunggulah mtak lamanya lagi,.sabar abng Mad yakob
ReplyDeleteMB mat rileks......tunggu pru14 mat.
ReplyDeleteRosmah : Abg, nak gi mana tu?
ReplyDeleteNajib : Nak kluar jap tukar kabinet.
Rosmah : Yeayy..Mah nak suma kayu tau..
Najib : Jgn risau, abg tuka suma memang kayu!!
Memang lah bukan masalah PAS....apa punya MB malang Rakyat kelantan ada MB macam ni.
ReplyDeleteBagi la komen skit....tak masuk ISA pun....jgn takut jawatan MB pun tak hilang.....nampak sgt tak tokoh sebagai pemimpin untuk semua bangsa.
Rakyat Kelantan kena fikir cari MB baru ler.....!
tu le dia kenyataan dari bakal2 pimpinan UG
ReplyDeleteTU LE DIA STATEMENT DARI ULAMAK TAPI BENGGONG
ReplyDeleteletih dapat mb macam ni...
ReplyDeleteAku keciwa, aku ingatkan Presiden PAS akan dilantik sebagai Timbalan kepada Timbalan Perdana Menteri dan Mursyidul Am akan dilantik sebagai Senator seterusnya menyandang jawatan bertaraf menteri. Aku betul2 hampa kerana tiada pemimpin PAS dilantik ke dalam kabinet yang baru ni walaupun bukan sikit punya bodek sampai halau ahli jemaah melalui cai.
ReplyDeleteUlasan MB tah apa-apa. Tak usah siarlah. Buang masa je.
ReplyDeleteBerbunga2 dah hati MB klantan ni...kalo bolr nak berlari plok najib...sabar ye datuk
ReplyDeleteMB Kelantan ni elok jadi ustaz sahaja kerana nampak sangat kebolehan mbaca politik dari sudut komtemporari xde langsung. Patut le kerajaan beliau sama dengan kerajaan Najib.....xmesra rakyat.
ReplyDeleteMad juling itik ni nampak ke tidak, tunggu pru14
ReplyDeleteheran aku dgn ust mad ni...dia komen cam dia ADUN dr umno...oh ya, lupa pula...kerajaan kelantan bawah ust mad ni dah jadi kerajaan dr parti pembangkang yang mesra kerajaan bn pusat la...patut pon sejak ust mad jd mb dan isytihar akan mesra kerajaan pusat mmg byk projek yg telah diluluskan untuk negeri kelantan...x caya sape2 lh dtg kelantan...byk hway yg telah dibina kt kelantan skrg weh...salah satunya dr kb ke rmh ust mad di wakaf baru...byk pelabur dibawa masuk ke kelantan sampai kalau dtg kelantan byk kilang dan pusat industri yg dibina...untung nye kamu .ust mad sejak mesra kerajaan bn pusat ni...kelantan dah jadi cam putrajaya dah sejak kebelakangan ni. Semuanya hasil usaha ust mad yang dah bermesra dgn kerajaan bn pusat
ReplyDeletewahai MB negeriku...meh sini aku ajar cara berpolitik nga menatang umno ni...patutnya kamu kata...sama saja walaupun najib umum kabinet nya yang baru...xdok untung pun kepada negara ni sebab banyak skandal...kabinet baru najib ni sebenarnya kabinet utk menyelamatkan diri najib sbgai PM yg paling byk skandal...dan sikit pun tidak membawa keuntungan kepada kerajaan kelantan sbb kami tetap akan menentang najib, umno dan bn yg telah terbukti byk menyusahkan kehidupan rakyat negara ini....itu sepatutnya yg kamu ulas...bkn ulas tunggu dan lihat...melainkan jika kamu ni umno atau parti komponen dlm bn...nape la kamu tidak betul2 belajar ilmu berpolitik dgn TGNA semasa hayat beliau...lupakah kamu TGNA pernah kata dia akan ludah mana2 individu yg ingin cuba heret pas bersatu dgn umno...wahai mb tak usahlah kamu dgn bagi safe comment kat kabinet najib ni...kelantan tetap dianaktirikan juga...takkan kamu tak sedar selama ini, layanan kerajaan pusat pd kerajaan negeri kelantan. ke masa kamu jd TMB dulu kamu jenis suka tidur dlm econ pejabat kamu sahaja....hadowwww letih la dpt mb yg x reti nk bg komen ni...mb dan tmb kelantan sama sahaja...jenis suko tidur dlm pejabat dia yg nyaman dan berhawa dingin...
ReplyDelete