LagiBerita
Sinar Harian | Malaysiakini | CariGold | Utusan | Mstar | BHarian | HMetro | Kosmo | Astro Awani | Harakahdaily | Bernama | Malaysian Digest | Keadilan | Mynewshub | SemasaPost (V) | Malaysiakini (Vid) | MediaRakyat (Vid) | Google | E-mail | Video | Blogger
eXTReMe Tracker

02 July 2015

Putera Arab Saudi umum derma kesemua RM120 bilion hartanya

Admin | 7:05 PM |
PUTERA Alwaleed bin Talal dari Arab Saudi mengumumkan beliau akan menderma kesemua hartanya berjumlah USD32 billion (kira-kira RM120 bilion) kepada badan kebajikan.

Hartawan berusia 60 tahun itu menyatakan beliau mendapat inspirasi daripada pengasas syarikat perisian terkemuka Microsoft iaitu Bill Gates.


Wang itu akan disalurkan kepada pertubuhan kebajikannya, Alwaleed Philanthropies, di mana beliau sebelum ini pernah menderma sebanyak USD3.5 bilion (kira-kira RM13 bilion).

Menurut Putera Alwaleed, derma berkenaan akan digunakan bagi memupuk pemahaman budaya, selain membantu memperkasa kaum wanita dan menyediakan bantuan bagi bencana.

Bill Gates memuji hasrat Putera Alwaleed itu dan menyifatkan ia sebagai satu inspirasi buat semua dermawan dan mereka yang bekerja di badan kebajikan di seluruh dunia.

Walaupun tidak memegang apa-apa jawatan dalam pentadbiran kerajaan, Putera Alwaleed merupakan pengerusi firma pelaburan Kingdom Holding Company.

Syarikat berkenaan memiliki saham di hotel Four Seasons, Fairmont and Raffles, serta News Corp, Citigroup, Twitter dan Apple.

Apabila ditanya mengenai jumlah besar yang bakal diderma, Putera Alwaleed menegaskan ia datang daripada harta peribadinya sendiri dan bukannya daripada pemilikan di dalam Kingdom Holding.

"Kedermawanan adalah tanggungjawab peribadi. Saya telah memulakannya lebih daripada tiga dekad lalu dan sememangnya intrinsik dalam agama Islam," katanya dalam satu kenyataan.

Putera Alwaleed berharap derma itu akan membantu memupuk persefahaman budaya, membangun masyarakat, membantu memperkasakan kaum wanita, mendayakan belia, menyediakan bantuan bencana dan mendorong dunia supaya menjadi lebih bertolak ansur dan menerima.

Sumbangan itu akan mengambil masa beberapa tahun dan akan diselia oleh lembaga pemegang amanah yang turut diketuai beliau.

Beliau merupakan salah seorang daripada individu terkaya di dunia dan tersenarai di tangga ke 34 dalam senarai Forbes. - AstroAwani

No comments :

Post a Comment